ada 2 titis air mata mengalir di sungai (copy dari note fb saia)

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai.
Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu
lagi," Saya air mata seorang gadis yang
mencintai seorang lelaki tetapi telah
kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air
mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki
yang menyesal membiarkan seorang gadis yang
mencintai saya berlalu begitu sahaja."


Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang
lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil
berkata: aku turut bahagia untukmu.


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa
mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi
kita.


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal
jika kamu masih mahu mencuba. Jangan
sesekali menyerah jika kamu masih merasa
sanggup. Jangan sesekali mengatakan
kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih
tidak dapat melupakannya.


Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan
rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu
mahu berhenti menyukai seseorang, cukup
dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba
menutup matamu dari orang yang kamu cintai,
cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan
terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu
yang cukup lama.


Cinta datang kepada orang yang masih
mempunyai harapan walaupun mereka telah
dikecewakan. Kepada mereka yang masih
percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai,
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan
kepada mereka yang mempunyai keberanian dan
keyakinan untuk membangunkan kembali
kepercayaan.


Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang
tersayang sehingga dia meninggal dunia ,
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-
kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya
ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan
dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.


Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan
bercinta dengan orang yang salah sebelum
bertemu dengan orang yang tepat, kita harus
mengerti bagaimana berterima kasih atas
kurniaan itu.


Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia
berada di hadapan kamu. Jangan
melarikan diri daripadanya kerana suatu hari
nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali
dan menyesali perbuatan kamu itu.


Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang
tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan
adalah mencintai seseorang dan kamu tidak
pernah memiliki keberanian untuk menyatakan
cintamu kepadanya.


Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika
kamu bertemu seseorang yang
sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan
bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan
kamu harus membiarkannya pergi.


Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak
sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak
usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak
berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada,
jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu


Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan
bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta,
dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah
sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah
cinta.


Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga
memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang
yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.


Andainya hadirnya cinta sekadar untuk
mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah
hadir.


Cinta laki-laki seumpama gunung, ia besar tapi
konstan dan (sayangnya) rentan,
ada waktu ia meletus memuntahkan lahar,
menghanguskan apa saja yang ditemuinya.


Cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya
sehujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam-
diam dan terus menerus bertambah. Jika
dipotong, ia tumbuh dan tumbuh lagi.


Cinta yang wujud dalam sebuah tindakan
agung : "Memaafkan".


Seseorang yang pernah mengalami kegagalan
dalam percintaan, maka dia akan melihat
kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak
pernah pelangi itu berada di atas kepalanya.
Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas
kepala orang lain.
(saia sangat mengaharap-eklzz wafi)

No comments:

Post a Comment